Doa Dan Sedekah Yang Tidak Diterima Allah

Diriwayatkan oleh Mush'ab bin Sa'ad,ia berkata:Abdullah bin Umar r.a. pernah masuk ke tempat Ibnu Amar untuk menziarahinya ketika sakit.Lalu ia bertanya,"Hai Ibnu Umar,ketika di Basrah mengapa kamu tidak berdoa kepada Allah s.w.t. untuk saya?" Abdullah bin Umar menjawab,"Sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"Allah tidak menerima solat(doa) tanpa bersuci dan tidak menerima sedekah dari hasil penipuan(hasil yang tidak halal)."(HR Muslim)

Hadis diatas jelas menggambarkan dua perbuatan yang tidak diterima oleh Allah s.w.t. iaitu doa tanpa bersuci dan sedekah dari hasil yang tidak halal.

●Doa tanpa bersuci.
Solat itu adalah doa.Ini kerana dalam seluruh gerakan atau tertib ibadah solat semuanya berisi doa dan permintaan kepada Allah s.w.t. agar mengabulkan hajat hamba-Nya.Permintaan tersebut meliputi keperluan ukhrawi tanpa melupakan kepentingan duniawi.
Bagi umat Islam,doa adalah usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Oleh kerana yang kita tuju adalah Zat Yang Maha Suci,maka kita sebagai hamba yang memohon harus menyesuaikan diri sesuai dengan tertib yang selayaknya dilakukan.
Ketika berdoa,seorang muslim harus benar-benar bersih dari segala kotoran,samada hadas kecil mahupun hadas besar yang menyebabkan menghalang tercapainya hajat doa,terutama dari awal niat kita yang tersemat dihati,maka hati,fikiran,jiwa serta yang lain-lainnya yang kita miliki harus kita fokuskan kepada Allah s.w.t. dengan ikhlas.

●Sedekah dari hasil yang tidak halal.
Secara dasarnya,sedekah iaitu memberikan barang atau sesuatu yang berharga yang kita miliki kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan,pujian dan sebagainya merupakan perbuatan mulia yang amat dianjurkan oleh agama.
Ini kerana sedekah akan dapat membantu orang-orang yang tidak mampu khususnya dari segi ekonomi.Besar atau kecil bentuknya,banyak atau sedikit jumlahnya,sedekah itu tidak terbatas,bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Namun,ternyata ada juga sedekah yang tidak diterima oleh Allah s.w.t.,walaupun bentuk sedekahnya sendiri tetap diterima oleh manusia,iaitu sedekah dari hasil penipuan seperti yang dijelaskan dalam hadis diatas.
Kenapa sedekah berkenaan tidak diterima?Ini kerana penipuan adalah satu cara mendapatkan sesuatu hasil dengan cara yang tidak halal dan tidak diredhai oleh Allah s.w.t.
Mengingatkan cara yang digunakan tidak seperti yang selazimnya,maka secara lansung hasil yang didapati mengandungi sesuatu yang haram yang tidak disukai-Nya.
Oleh itu,sebagai umat Islam,sewajarnya kita menjaga harta kita dari sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Demikianlah serba sedikit huraian mengenai doa dan sedekah yang tidak diterima Allah s.w.t. semoga dapat sama-sama kita jadikan renungan,iktibar dan pedoman dalam kehidupan seharian.
Doa Dan Sedekah Yang Tidak Diterima Allah Doa Dan Sedekah Yang Tidak Diterima Allah Reviewed by kamal halim on 11:30:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Dikuasakan oleh Blogger.