10 Rahsia Mudah Berjaya Dalam Hidup

Semua orang tak kira tua atau muda ingin mencapai kejayaan dalam hidup.Ada yang ingin berkerjaya bagus,bergaji besar,berkereta mewah,berumah besar dan sebagainya.

Walaupun kejayaan itu berhak dimiliki oleh setiap individu,namun bukan semua yang bernasib baik.Malah ramai yang gagal dan mengeluh serta menyesali hidup mereka.Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada nasib atau takdir semata-mata?Atau apakah ada formula atau cara tertentu yang membuatkan seseorang itu berjaya?Apakah yang dilakukan oleh orang-orang yang berjaya dalam hidup mereka?

Untuk mereka yang gagal dalam hidup dan sentiasa menginginkan kejayaan serta buat diriku sendiri,aku rasa amat bersyukur kerana dapat berkongsi beberapa rahsia bagaimana untuk kita semua mencapai kejayaan dan memperolehi apa yang di inginkan dalam hidup kita.

Telitilah satu persatu apa yang disenaraikan dibawah...


1)Tahu apa yang anda mahu.
Anda mesti sedar dan tahu apa yang anda mahu setepat-tepatnya.Tentukan apa keinginan hati anda.Bukan sekadar impian difikiran atau pun khayalan semata-mata.

2)Percaya yang anda akan memperolehinya.
Anda perlu percaya kepada keupayaan diri anda sendiri.Setiap orang berhak mencapai apa yang diingininya.Jangan sesekali biarkan pendapat orang lain dan keadaan disekeliling melemahkan kepercayaan anda kepada kebolehan diri sendiri.

3)Buat plan bagaimana ingin mencapainya.
Anda mesti menyediakan plan yang tepat bagaimana atau apa yang perlu anda lakukan untuk mencapainya.Sedar apa perkara yang mampu anda buat yang terbaik dan sentiasa belajar menjadi lagi baik.Dengan cara ini,anda akan lebih fokus kepada plan yang anda buat.

4)Tentukan 'deadline' keinginan anda.
Keinginan atau pun matlamat setinggi mana pun hanyalah sekadar impian semata-mata impian sekiranya anda tidak tentukan bila anda mahu mencapainya.Tentukan dengan tepat tarikhnya misalnya bulan apa atau tahun bila.Jadikan ia sebagai nota ingatan yang khusus kepada anda.

5)Anggaplah sebagai tanggungjawab.
Anda mesti sediakan diri untuk melaksanakan apa jua perkara yang perlu ke arah mencapai keinginan anda.Terima apa saja kegagalan-kegagalan kecil yang ada.Jangan sesekali menyalahkan orang lain di sekeliling anda.Andalah yang bertanggungjawab diatas semua kejayaan ataupun kegagalan anda.

6)Berbuat baik dengan orang lain.
Jika ada orang yang mungkin memerlukan kepakaran anda dalam sesuatu perkara,anda seharusnya memberikan bantuan.Dengan menolong orang lain berjaya,anda sebenarnya juga mengarahkan diri anda sendiri kepada kejayaan.

7)Hidup positif.
Anda mesti menjalani hidup sehari-hari dengan keyakinan.Berfikir dan bertindak positif dalam setiap perkara dengan sendirinya akan menimbulkan kesan-kesan positif dan baik dalam hidup anda.

8)Jadilah orang yang bersyukur.
Berterimakasih dan bersyukurlah dengan apa yang anda ada.Jangan sesekali membandingkan kekurangan anda dengan kelebihan orang lain.Usah mengeluh dan sentiasa berfikir tentang kekurangan dan apa yang anda tidak ada.Anda akan menarik lebih kekurangan,lebih kesusahan jika selalu berfikir tentangnya.

9)Bertindak.
Tanpa tindakan apa jua perancangan dan keinginan tidak akan tercapai.Sentiasa mengarahkan diri dan berusahalah tanpa jemu ke arah kejayaan.Anda pasti akan mencapainya samada lambat atau cepat.Bersabarlah.Ingat,usaha dan sabar,tangga kejayaan.

10)Berdoalah.
Mana-mana agama pun di dunia ini amat menganjurkan penganutnya agar berdoa meminta kepada Tuhan yang di percayai.Dalam masa berikhtiar dan berusaha,berserahlah dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Kuasa semoga segala perancangan dan keinginan anda akan menjadi kenyataan.

Semestinya ada banyak lagi cara-cara mahupun panduan untuk mencapai kejayaan dalam hidup selain dari 10 rahsia yang dinyatakan diatas.

Mungkin ada antara anda yang punya panduan sendiri yang mungkin boleh juga dikongsi bersama sahabat-sahabat pembaca yang lain.Apakata anda kongsikan diruangan komen dibawah post ini.Terimakasih.
10 Rahsia Mudah Berjaya Dalam Hidup 10 Rahsia Mudah Berjaya Dalam Hidup Reviewed by kamal halim on 8:30:00 PG Rating: 5

2 ulasan:

  1. terimakasih..harap2 kita semua dpt mencapai kejayaan dlm apa sj yg dilakukan.Amin.

    BalasPadam

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Dikuasakan oleh Blogger.