Trik Romantik Hargai Cinta Kekasih

Spices Of Heart

Trik Romantik Hargai Cinta Kekasih-Alangkah bahagianya jika memiliki seseorang yang dicintai dan menyintai diri kita di sisi.Hidup yang suram pastinya bersinar terang.Kesunyian tentunya berganti dengan denyutan merdu yang berlagu dihati.Sudah pasti hidup semakin hari bertambah ceria dan bahagia.

Cinta dari kekasih pujaan hati pastinya juga memberi kita semangat melalui hari-hari agar menjadi yang terbaik.Cinta kekasih ibarat viagra yang tiada galang gantinya.Mampu merubah kita jadi sentiasa bertenaga menempuhi pancaroba hidup.

Kerana itu,andai memiliki kekasih yang menyayangi diri,eloklah kita menghargai kasih sayang dan cinta yang diberikan.Semoga cintanya pada kita tetap bercahaya dan bersinar sentiasa.

Kali ini,saya ingin berkongsi sedikit trik mudah untuk kita menunjukkan penghargaan kepada kekasih, gunanya agar dapat lebih mengeratkan dan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin.Jom teliti trik-trik di bawah..

Beri Hadiah
-Tak perlu menunggu hari penting atau istimewa.Bila-bila masa pun tidak salah kalau anda dapat memberikan kekasih hadiah.Tak perlu juga benda-benda yang mahal dan berjenama.Cukup sekadar kad ucapan dengan kata-kata ikhlas dari hati dan berisi madah-madah indah tentang perasaan anda padanya,pasti membuat si dia terharu dan rasa dihargai.

Makan Bersama
-Mungkin makan bersama adalah satu hal yang biasa.Tetapi cubalah buat dalam keadaan yang agak berbeza dari kebiasaan anda berdua.Misalnya anda dan kekasih boleh memasak makanan kegemaran atau mencuba resepi-resepi dalam majalah kemudian makan malam bertemankan cahaya lilin diatas meja yang dialas dan dihiasi bersama.Atau, cubalah anda sendiri memasak makanan kesukaan kekasih dan bawalah si dia makan bersama sambil berkelah di taman atau pun di tepi pantai.

Sokonglah Kegemaran Kekasih
-Tentunya si dia mempunyai kegemaran-kegemaran tertentu.Tunjukkan keprihatinan dan berilah sokongan.Contohnya,jika si dia sukakan muzik,belikan dan hadiahkan si dia cd/vcd lagu-lagu yang diminatinya.Pasti si dia akan gembira dan berterimakasih atas keprihatinan anda padanya.

Ingatkan Kenangan Bersama
-Selama anda dan si dia bercinta,jika anda ada menyimpan sesuatu yang menjadi kenangan bersama seperti tiket-tiket wayang dan lain-lain,cubalah jadikan sebagai satu koleksi.Simpanlah dalam album yang menarik disertai dengan foto-foto anda berdua dan hadiahkanlah pada si dia.Tentu si dia akan terharu dan terkesan melihat kesungguhan anda yang ikhlas mengingati dan mengabadikan momen-momen indah bersamanya.

Bercuti Bersama
-Bawalah kekasih jauh dari kesibukan harian dengan membawanya bercuti ke tempat-tempat yang menarik dan memberikan ketenangan seperti pulau-pulau peranginan dan sebagainya.Tidak perlu ke luar negara kerana di dalam negara pun banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi.Apa yang penting ialah anda dan si dia dapat melalui saat-saat manis bersama yang tentunya akan menjadi sesuatu yang sentiasa di ingati dan menambahkan kemesraan anda berdua.


Trik-trik dan idea yang diberikan ini memang agak ringkas dan sesuatu yang mudah,tetapi ianya merupakan antara cara-cara yang romantik dan terbaik boleh dilakukan untuk memberi penghargaan kepada kekasih.

Semoga hubungan cinta anda dan si dia menjadi cerita cinta yang bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Sekian.Terimakasih.
Trik Romantik Hargai Cinta Kekasih Trik Romantik Hargai Cinta Kekasih Reviewed by kamal halim on 1:57:00 PTG Rating: 5

5 ulasan:

  1. yang penting saling menghargai itu cukup :)

    BalasPadam
  2. Terimakasih sob, aku akan coba menerapkan Tips yang pertama.. Jujur aku tak pernah memberi kad ucapan untuk si dia. He..he..

    BalasPadam
  3. @eko tri
    -benar tu sob.
    @kang amphi
    -wah rugi sob terlepas cara plg mudah buat si dia senyum..dah buat si dia senyum..

    BalasPadam
  4. xde awek la pulak..mana hang tau aku nyer pagerank naik? aku pon xcheck..ko bagitahu.. br r aku thu..thanks! :)

    BalasPadam
  5. @nizamijam
    -hehe..kan ada button pgrank kat blog hang.

    BalasPadam

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Dikuasakan oleh Blogger.